INTERAKSI 1

Pembelajaran yang dijalankan pada hari ini iaitu 1/12/2015 menerangkan tentang bagaimanana menggunakan enjin pencarian.
 
 
 
1.1 Menilai dan menggunakan Enjin  Pencari yang sesuai untuk penggunaan   bilik darjah 
Enjin pencari (search engine) ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi. Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web, kata kunci atau frasa. Cara enjin carian ini berfungsi, apabila anda menaip kata kunci seperti “kata nama” pada Google, Yahoo atau MSN, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci yang dimasukkan. Semua laman web, yang menggunakan kata kunci “kata nama” akan dipaparkan. Bahan atau  hasil carian boleh terdiri daripada teks, audio, video atau grafik.  Hasil carian akan dipaparkan dalam SERP (Search Engine Results Page) atau hasil muka carian dalam enjin carian.  
Penilaian terhadap enjin pencari oleh seseorang pengguna bergantung kepada beberapa faktor, antaranya ialah cepat dan mudah untuk mencari maklumat, mempunyai ciri-ciri yang canggih dan mesra pengguna, paparan yang sederhana dan tidak terlalu kompleks, kekerapan penggunaan oleh pengguna internet, kelajuan enjin pencari mencari bahan yang dicari dan kemudahan untuk akses dan muat turun bahan. Rajah 1.1 menunjukkan contoh-contoh enjin pencari yang terkenal.  
 
1.2 Menggunakan fitur web, video, audio,   dan imej  
World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. Web merupakan satu perkhidmatan yang menghimpun maklumat. World Wide Web (www atau web) merupakan bahagian internet yang sering digunakan untuk mendapatkan maklumat.Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunyai alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. Protokol yang lazim digunakan ialah https://, iaitu singkatan HyperText Transfer Protocol contohnya, untuk mendapat maklumat tentang Kementerian Pendidikan Malaysia, taip sahaja alamat https://www.moe.gov.my/ dalam enjin pencari seperti Google. Pengguna boleh mendapatkan bahan video melalui enjin pencari Google video atau pencari Yahoo video.   
 
1.3 Menggunakan kata kunci dan frasa  yang sesuai untuk mendapatkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran   bahasa Melayu.  
Penggunaan kata kunci atau frasa yang sesuai sangat penting untuk mencari bahan pembelajaran dalam internet. Kata kunci hendaklah ditaip dalam ruangan enjin pencari 
 
1.4 Menyimpan bahan dalam bentuk perkongsian fail Internet melalui penanda laman web (bookmarks) 
Bahan-bahan yang dicari oleh pengguna boleh disimpan dalam penanda laman web (bookmarks) untuk kegunaan pada masa akan datang. Misalnya jika seseorang pengguna hendak menyimpan maklumat dalam Rajah 1.4, klik ikon “bintang” maka bahan tersebut akan disimpan dalam penanda halaman. Bahan-bahan tersebut boleh diambil atau dicapai semula dengan klik ikon di sebelah kanan ikon bintang. 
 
1.5 Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.  
Bahan-bahan yang telah dikumpul boleh dikategorikan kepada jenis-jenis tertentu seperti bahan teks, video, audio dan grafik supaya memudahkan penggunaannya.  Penyimpanan dan pengkategorian boleh dibuat dalam bentuk katalog internet. 
Katalog Alamat Internet  
Jenis Teks Tajuk Golongan kata bahasa Melayu URL https://ms.wikipedia.org/wiki/Golongan_kata_%28bahasa_Melayu%29 Sinopsis Memberi maklumat tentang jenis-jenis golongan kata dalam bahasa Melayu   
Jenis Video Tajuk Gotong royong URL https://www.youtube.com/watch?v=nAZMkmslX4Q Sinopsis Cerita animasi gotong royong  
Jenis Audio Tajuk Koleksi lagu tradisonal Melayu URL https://muzikituduniaku.blogspot.my/2009/07/koleksi-lagu-tradisional-datositi.html Sinopsis Menyimpan pelbagai jenis lagu tradisonal Melayu  
Pengajaran dan Pembelajaran  Bahasa Melayu Berbantukan Komputer                                              
 
1.6 Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran    bahasa.  
Pengumpulan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran juga boleh dibuat secara sistematik berdasarkan kemahiran bahasa ke dalam folder di dalam komputer pengguna. Bahan-bahan yang telah dimuat turun disimpan di dalam folder-folder yang telah disediakan.
 
1.7 Berkongsi bahan dalam talian secara  pengkomputeran awan  (cloud computing)    
Pengguna internet juga boleh menyimpan dan berkongsi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran secara pengkomputeran awan yang boleh dicapai melalui pelayar web, manakala  bahan atau datanya disimpan di pelayannya. Teknologi ini membolehkan pengguna tidak hanya bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet. Pengkomputeran awan adalah proses yang membolehkan anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahupun video. Contoh aplikasi teknologi ini ialah 4share, Google apps, PIXLR, dropbox, live documents, slideshare dan sebagainya
 
1.8  Berkongsi bahan secara usaha kolaboratif melalui penggunaan  penanda sosial (social bookmark)  
Penanda sosial (social bookmarking) ialah satu kaedah bagi pengguna internet untuk mengorganisasi, menyimpan, mengelola, dan mencari penanda sumber yang tersedia secara online. Penanda sosial (social bookmarking) merupakan teknologi terkini yang membolehkan penyimpanan dan perkongsian bahan secara kolektif secara atas talian. Ia menjadi tapak sebagai penanda kepada laman web, maklumat peribadi, berita, gambar, video, muzik dan sebagainya bagi memudahkan pengguna mengaksesnya dan berkongsi dengan pengguna lain secara atas talian